Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

October 31, 2011

Petua hilangkan sakit tekak....

Aku klu rasa mcm nak demam jer..cpt2 buat petua tradisional...setakat nie berhasil la...dgn sekali minum terus ok dah...


Bahan2nya:
1 sudu teh madu, aku pki madu Al-faiz madu plus halia...dicampurkan dengan satu cawan air suam...kemudian...perah lemon anggaran setengah biji kacau2 terus minum...Aku minum sebelum tido dan awal pagi...InsyaAllah pasti sembuh....


<--- U like it :) mama izah :)

August 21, 2011

Biskut Raya Part 2

ok hari nie nak share 2 jenis biskut lagi...

                   
 white chocolate chip mgg lepas pki coklat itam..ari nie bubuh yg putih lak...semua berasaskan coklat chip....tak habis2 coklat chip aku nie...dah fav.nak wat camner...:P


 Yang nie biskut tak rancang langsung...jumaat hari tu waktu lunch member opis wat biskut raya  aku tgk mcm sedap jer...dan nak buat pun tak susah...dgn muka tak malu terus mintak resepi....tgk bahan pun ader kat umah....apa lagi terus la buat...tp nama aku tak tau disebabkan pki cornflakes maka aku bubuh la nama biskut cornflakes...
           

   thn nie trend polka dot...dari baju, kasut, beg tudung semua polka dot....tgk apam pun ader    polka  dot mcm telor dinosaur pun ader...hari nie juadah utk berbuka puasa apam polka dot....next week last nk wat biskut lepas tu sibuk nak kemas umah lak...huhuhu...

<--- U like it :) mama izah :)

August 14, 2011

Biskut Raya Part 1

hari nie cukup 2 minggu kite berpuasa...rasanya dah sesuai sgt la buat biskut raya nie....tambah pulak handbag aku tahun nie...berpuasa...so tak yahlah aku masak t/hari....leh la fokus wat biskut....hehehe fokus sgt ngalah nk berniaga lak....wat biskut nie enjoy...terasa kepuasanya...tambah-tambah utk raya terasa bersemangat gitu... mgg nie aku cume wat 2 jenis jer...lepas sahur gagah wat biskut tau....

                                   
          Biskut coklat chip- fav.kami sekuarga nie lps wat kene sorok.....:P 

                                 
          Milk cookies....lemak manis cair di mulut bukan di tangan.....


klu korang nak resepi klik  http://myzaresepi.blogspot.com/ leh lah cuba wat simple2 jer mudah dan ringkas....moga ketemu di part yg akan dtg da.....










<--- U like it :) mama izah :)

July 30, 2011

Selamat Berpuasa.....





Sekejap benar masa berlalu...diam tak diam dah nk puasa balik....bln ramadhan bln yg ditunggu2...lepas ramadhan syahwal pulak...hehehe tak sabor nk raya...mcm bdk2 lak...:P


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


mohon ampun dan maaf jika ade salah dan silap kepada semua yg mengenali saya...
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina....
sikit2 lg sibuk entri biskut raya lak....:P



<--- U like it :) mama izah :)

April 6, 2011

Tip untuk mengelakkan kelam-kabut di pagi hari....

Biasalah perkara macam nie memang sering berlaku kalau kita tak rancang masa dgn betul, nak nak waktu pagi isnin boleh jadi sesak nafas kalau semua nak dibuat pada masa tu gak....kene terlewat bangun tak haru...dibuatnya....nie ader sedikit tip yang aku amalkan utk menjadikan waktu pagi sentiasa berjalan lancar....
1.Sediakan segala keperluan esok hari sebelum tido dari A to Z. Letakkan pakaian anda dan anak yang telah digosok bersama dgn aksesori mcm kerongsang,jam, cincin hdbag pada satu tempat.Supaya esok hari tak perlu nak pandankan kerongsang yang maner sesuai dgn baju yg hendak dipakai.


2.Malam hari sebelum tido tu...Isi siap-siap air ke dlm bekas minuman utk dibawa ke pejabat dan sekolah. Bangun pagi dah tak payah nak pikir dah leh buat bende lain.....


3.Letakkan beg sekolah dan beg pakaian berdekatan pintu,supaya pagi bila nak gerak terus jer capai dan tak payah nak berasak-asak nak turun tangga dgn nak pegang handbeg la...kunci la...dan last sekali


4.Macam saya kunci jam h/p untuk bangun pagi.Manakala jam lonceng lak saya gunakan untuk set masa keluar rumah. Jadi bila jam berbunyik itu tandanya dah tiba masa untuk saya keluar dr rumah. Dgn cara nie tak lah kite terlajak masa utk tiba opis.... 


Inilah caranya saya menguruskan keluarga tanpa bantuan suami disisi...agar tak kelam kabut sgt di pagi hari....Praktikan lama-lama nanti jadi biasalah...






mama izah :)

February 4, 2011

Masak jgn tak masak....

Hari nie aku ditugaskan masak utk makan tgh hari.....mak sibuk sgt... 
ader lauk masak asam pedas,sambal udang,sayur kacang,ikan goreng...
emmmm laparnya perut....tak sabar nak makan tgg depa balik solat jumaat...


jemput makan!!!!!









<--- U like it :) mama izah :)

January 17, 2011

Panasonic Vs Mitsubishi

Setelah puas survey dr satu kedai kesatu kedai..dan tinjauan forum..aku yang dok pening nak ambik panasonic inverter ker mitsubishi electrik (Mr Slim).


Hasil tinjauan:
Panasonic Inverter
-Kene pakai 8 jam keatas baru jimat letrik...tak semua kedai ckp pun...
-Sekali service 3-4 ratus terbang...
-Lepas pakai beberapa bulan akan ada bunyi2 bising..cina tu la dok kata ramai costumer gadu ade bunyi2
-En abg kata klu dah bising mcm maner nk lena...


Mitsubishi lak..
-Jimat letrik dan easy clean tak payah nk panggil org service leh cuci sendiri... rasanya jimat letrik tu bila habuk tiada, flow angin pun laju jer tak tersumbat letrik pun tak lah keje keras sgt...
-Senyap tak bising..outdoor 7 thn warranty, indoor 3 thn ader ironizer
-Dia siap jamin lagi pasti puas hati...


Tapi aku dok hairan kenapa tak ramai yang pakai...katanya mahal tu la org tak mau beli...bkn tak bagus...
dia siap ckp lagi ...biar sakit hati sekali maaa... :p
Akhirnya aku pun ambik Mitsubishi (Mr Slim) 1.5hp( Sesuai utk saiz bilik ku, klu tak nnt moto kene keje lebih sikit n lambat sejuk).








 mama izah :)

January 1, 2011

Hari nie 01.01.11

Selamat tinggal 2010...Selamat Datang 2011.Selamat tahun baru...Hemmm dah 2011 diam tak diam...Isnin nie mula lah aku wat keje baru...di unit baru,suasana keje yang baru...hem..boring la sikit kawan sebelah pun kawan baru..tak de lah geng sembang2. Ye la...sambil keje sambil borak kala mengangtuk. lepas nie tak de la citer pasal cheese kek,muffin la ..cookies la,bisu jap...Apa azam 2011 nie???? aku pun tak tau dan tak pernah rancang pun...cuma aku harap tahun nie dapat la tambah bilangan ahli keluarga..tp bila..?dah bertahun tgg tak dpt2 member opis pun dah bising...mak kat kampung pun dah berbunyik2 hukhuk...


Semoga tahun 2011 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.....Amin.









 mama izah :)

December 30, 2010

Esok Cuti ......





 Yes...Yes...Yes...bola menang. Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.PM umum Jumaat cuti Umum. Aku pagi-pagi suara dah serak...gara-gara menjerit tgk bola...hahaha...anak pun siap sound "mama nie jerit-jerit macam org dlm tv tu boleh dengar?":P






mama izah :)

December 27, 2010

Kayu Manis

Ramai sedia maklum kulit kayu manis nie banyak khasiatnya,aromanya yang harum membangkitkan rasa. Ia sering digunakan dalam masakan melayu sebagai penambah rasa. Tapi kulit kayu manis nie pun ade juga kelemahanya.Ianya selamat jika digunakan dlm kuantiti yang minimum. Bagi yang sentiasa terdedah dgn serbuk ini dgn kuantiti yang banyak boleh berisiko diserang asma.
Ada kajian yang dijalankan di Eropah mendapati kulit kayu manis nie dari tumbuhan 'cassia'.Ia mengandungi toksin.Toksik nie boleh merosakkan buah pinggang dan hati jika diambil melebihi 2 sudu kecil setiap hari.
Penggunaan dlm kuantiti yang banyak juga tidak digalakkan sewaktu mengandung kerana ia dikatakan dapat menjejaskan kesihatan uterus wanita.
Maka haruslah diambil secara minimum.




mama izah :)

December 25, 2010

Setahun sudah...

Hari nie 25 Disember genap sudah setahun permergian bapa mertua ku kerahmatullah....Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Al- Fatihah





 mama izah :)

December 11, 2010

Rambut yang cantik

Resepi Pupur Rambut Dari Laman Rumah!!!!

Bunga Raya
Rendamkan kelopak bunga raya kedlm air lalu ramas sehingga keluar lendirnya. Sapukan lendir ini ke rambut.Biar semalaman dan bilas keesokan harinya. Selain melicinkan rambut, ia juga dipercayai mampu menyejukkan kulit kepala.

Lidah buaya
Potong lidah buaya ambil lendirnya. Pakai semasa mandi buat macam syampu rambut,Sapukan pada rambut tgg seketika dan bilas. Ia mampu menjadikan rambut hitam dan lebat, malah menyejukkan kulit kepala.

Santan Kelapa


Perah kelapa utk mendapatkan santan yang pekat. Sapukan santan pada rambut, balut dgn tuala yang suam. Biar semalaman. Hasilnya rambut akan lebat, hitam dan kuat akarnya.





 mama izah :)

--- U like it :)


December 1, 2010


Hilangkan kesan hitam pada bawah lengan..



Ramai diantara kita mengalami masalah bawah lengan yang gelap.Semua nie tanpa kita sedari berpunca dari pengunaan deodorant yang tidak serasi dgn kulit kita. Disini saya ada petua untuk mengurangkan masalah bawah lengan yang gelap nie...Masa kita mandi sapukan sedikit kapur sirih pada ketiak, tunggu beberapa minit,kemudian gosokkan dgn limau nipis yang telah dibelah dua. Lakukan secara konsisten selain dapat mengurangkan masalah tersebut ia juga boleh menghilangkan bau masam ketiak...hehehehe...

Selamat mencuba!!!!
--- U like it :)

mama izah :)



November 29, 2010

Warna...

Mainan Warna-warna yang sihat

Merah ( hilangkan masalah sakit kepala ):
Kajian mendaoati bahawa warana merah dapat membantu mengurangkan sakit kepala.Oleh itu jika anda mengalami sakit kepala letakkan tuala lembap berwarna merah diatas mata anda.Ia mampu meredakan.
Biru ( Mengurangkan tekakanan ditempat kerja ):
Jika rasa tertekan...cuba fokuskan mata pada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dpt kurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver anda kepada pemandangan lautan yang biru pasti menenangkan.
Merah Jambu ( Elakkan insomnia ):
Jika anda mengalami masalah sukar tidor...ape kata anda hiasakan bilik tidur anda dgn warna ini.Kajian menunjukkan warna ini mampu mewujudkan suasana sntai dan selesa. Suasana romantik juga!
Hijau ( Lenyapkan keletihan ):
Warna ini mempunyai kesan positif dlm sistem imunisasi selain dpt menggalakkan suasana harmoni di dlm badan.



mama izah :)

November 26, 2010

Cuba amalkan....

 Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Email nie aku dapat dr seorg sahabat utk kita kongsikan dan amalkan bersama-sama....

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji'  iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk'  yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan'  di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'  adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu   Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan'  suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi  iaitu pasangan  mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian'  di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan'  iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"




mama izah :)

October 31, 2010

Khasiat Kurma ,Kismis Dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali
jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini
akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang
merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus
puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang
tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada
hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu
setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang
ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat
pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,
menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya
sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran".


October 21, 2010

Nak Mkn Nasi Lemak Setiap Hari????

Ramai yg menganggap mkn nasi lemak setiap pagi boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Ia mungkin benar jika anda menikmatinya bersama lauk pauk yang bergoreng dan berminyak spt ayam goreng,rendang,sambal sotong dan sebagainya. Namun, jika kita sekadar menikmati nasi lemak biasa ( 1 cwn nasi bersama sedikit sambal,timun,telur dan ikan bilis ), ia tidak akan memudaratkan kesihatan dan tidak akan menambahkan pengambilan kalori yang berlebihan.

October 15, 2010

Tazkirah Pagi Jumaat.....

 Pagi nie nak jadi ustazah jap...utk kita kongsikan dan renung- renungkan bersama-sama....info nie pun saya dpt dari seorg sahabat...eloklah kita sebar-sebarkan...adoi skima ayat...aku pagi2 jumaat nie.. hikhik....

 10 PERKARA YANG SIA-SIA
Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan              ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak
dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara
  tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari
masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam
kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar
lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah 

ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan
tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak
dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan 
  meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan,
sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Sekian, wallahu a’lam 

Selamat beramal....

October 12, 2010

Lada Hitam

Baru ku tahu...Lada hitam yang beraroma khas nie sgt la baik utk melawaskan kencing,melancarkan peredaran darah dan meredakan sakit kepala. Jadi klu kita rasa sakit-sakit kepala leh la tambahkan lada hitam dlm masakan kita....tp jgn terlebih lak..nnt panas badan lah pulak....

Klorin

Kajian menunjukkan  remaja yang berenang didlm kolam renang berklorin berisiko 3-7 kali ganda mengalami alahan berbanding mereka yang berenang dalam kolam bebas klorin. -Petikan Jurnal Pediatrics-
Patutlah...anak saya klu mandi kolam lama-lama mesti mengah...tambah-tambah budak-budak nie klu main air mesti terminum sekali...lps nie kene la..tgk2 klu depa mandi tu...tak leh lama-lama sgt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...