December 30, 2010

Esok Cuti ......





 Yes...Yes...Yes...bola menang. Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.PM umum Jumaat cuti Umum. Aku pagi-pagi suara dah serak...gara-gara menjerit tgk bola...hahaha...anak pun siap sound "mama nie jerit-jerit macam org dlm tv tu boleh dengar?":P






mama izah :)

December 27, 2010

Kayu Manis

Ramai sedia maklum kulit kayu manis nie banyak khasiatnya,aromanya yang harum membangkitkan rasa. Ia sering digunakan dalam masakan melayu sebagai penambah rasa. Tapi kulit kayu manis nie pun ade juga kelemahanya.Ianya selamat jika digunakan dlm kuantiti yang minimum. Bagi yang sentiasa terdedah dgn serbuk ini dgn kuantiti yang banyak boleh berisiko diserang asma.
Ada kajian yang dijalankan di Eropah mendapati kulit kayu manis nie dari tumbuhan 'cassia'.Ia mengandungi toksin.Toksik nie boleh merosakkan buah pinggang dan hati jika diambil melebihi 2 sudu kecil setiap hari.
Penggunaan dlm kuantiti yang banyak juga tidak digalakkan sewaktu mengandung kerana ia dikatakan dapat menjejaskan kesihatan uterus wanita.
Maka haruslah diambil secara minimum.




mama izah :)

December 25, 2010

Setahun sudah...

Hari nie 25 Disember genap sudah setahun permergian bapa mertua ku kerahmatullah....Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Al- Fatihah





 mama izah :)

December 22, 2010

collagen...

Sikit lagi masuk tahun baru...bertambah lagi la 1tahun umur aku...tidakkkkk!!!! dah tua dah aku nie...tp rasa mcm muda hikhik tp tu kata kawan2 aku la... perasan jap...Masuk tahun baru mmg sok la..byk mega sale hikhik..tp yang tak syoknya duit bykla abih...ish aku nie dah melalut tersasar jauh dr tajuk lak...
Yang benarnya aku nak kongsilah ttg satu produk yang aku makan nie...Total Image Collagen.


Kita perlu ambil kolagen sbb...dr usia 25 thn tahap kolagen pada badan kita akan mula merosot pada kadar 1.5% setipa tahun...bayangkan umur kita dah berapa sekarang....
Setelah beberapa bulan mengambil produk nie mmg banyak la kesannya.Antaranya jeragat dimuka semakin pudar hampir tidak kelihatan. Ye lah dah makin berumur nie kulit kita cepat kendur ditambahkan lg dgn makan tak seimbang, cuaca dan sewaktunya kena lah buat sesuatu...wlupun En abg tak kisah pun nk berkedut ker aper ker katanya klu dah tiba masa nk wat camner tp klu dah namanya pompuan biasalah cemassss...harus gitu idaman semua pompuan utk kelihatan awet muda...kan..kan...ader ker yang nk tua...



 mama izah :)

December 11, 2010

Rambut yang cantik

Resepi Pupur Rambut Dari Laman Rumah!!!!

Bunga Raya
Rendamkan kelopak bunga raya kedlm air lalu ramas sehingga keluar lendirnya. Sapukan lendir ini ke rambut.Biar semalaman dan bilas keesokan harinya. Selain melicinkan rambut, ia juga dipercayai mampu menyejukkan kulit kepala.

Lidah buaya
Potong lidah buaya ambil lendirnya. Pakai semasa mandi buat macam syampu rambut,Sapukan pada rambut tgg seketika dan bilas. Ia mampu menjadikan rambut hitam dan lebat, malah menyejukkan kulit kepala.

Santan Kelapa


Perah kelapa utk mendapatkan santan yang pekat. Sapukan santan pada rambut, balut dgn tuala yang suam. Biar semalaman. Hasilnya rambut akan lebat, hitam dan kuat akarnya.





 mama izah :)

--- U like it :)


December 6, 2010

 Lawak Bodoh Tahap Gaban

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
=================================== 

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? 

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam 

air!
===================================
in
SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku. 

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
=================================== 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis! 
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah 
=================================== 

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle

light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong! 
===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada

aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids,

kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

=================================== 

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
=================================== 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang 

signboard "SILA DATANG LAGI"

 hehehe...utk hilangkan gantuk :P




mama izah :)

December 1, 2010


Hilangkan kesan hitam pada bawah lengan..



Ramai diantara kita mengalami masalah bawah lengan yang gelap.Semua nie tanpa kita sedari berpunca dari pengunaan deodorant yang tidak serasi dgn kulit kita. Disini saya ada petua untuk mengurangkan masalah bawah lengan yang gelap nie...Masa kita mandi sapukan sedikit kapur sirih pada ketiak, tunggu beberapa minit,kemudian gosokkan dgn limau nipis yang telah dibelah dua. Lakukan secara konsisten selain dapat mengurangkan masalah tersebut ia juga boleh menghilangkan bau masam ketiak...hehehehe...

Selamat mencuba!!!!
--- U like it :)

mama izah :)



November 30, 2010

cincin kahwin...


Mengapa Cincin Pernikahan Harus Dipakai di Jari   

Manis??

Ikuti langkah berikut ini, (ini berasal dari kutipan Cina) 

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar) 
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya. 
3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...



4.Cubalah buka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari tidak dpt dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati.  Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita. 
6.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2.  cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. 


Sumber dari :Kiriman email dr seorg sahabat...


 mama izah :)

November 29, 2010

Warna...

Mainan Warna-warna yang sihat

Merah ( hilangkan masalah sakit kepala ):
Kajian mendaoati bahawa warana merah dapat membantu mengurangkan sakit kepala.Oleh itu jika anda mengalami sakit kepala letakkan tuala lembap berwarna merah diatas mata anda.Ia mampu meredakan.
Biru ( Mengurangkan tekakanan ditempat kerja ):
Jika rasa tertekan...cuba fokuskan mata pada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dpt kurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver anda kepada pemandangan lautan yang biru pasti menenangkan.
Merah Jambu ( Elakkan insomnia ):
Jika anda mengalami masalah sukar tidor...ape kata anda hiasakan bilik tidur anda dgn warna ini.Kajian menunjukkan warna ini mampu mewujudkan suasana sntai dan selesa. Suasana romantik juga!
Hijau ( Lenyapkan keletihan ):
Warna ini mempunyai kesan positif dlm sistem imunisasi selain dpt menggalakkan suasana harmoni di dlm badan.



mama izah :)

November 28, 2010

Luahan anak...

Tgh aku sibuk melayari internet...tiba-tiba anak aku yg bongsu tu dtg dgn suara manje merengek2
"mama nnt kite gie sekolah lama adik ya...adik nk jumpa kawan2 adik " aku tanya kenapa ??nk gie sane..dia kata" adik suka sek sana ader kawan,mainan banyak...mama keje lah kat sana adik leh sek kat sana..." aku kata kat dia kita dah tak ader aper2 kat sane umah,sek tempat keje mama pun kat sini, entah2 kawan adik pun dah pindah...terus muka dia berubah sedih...kesian pulak aku tgk...anak aku nie. Entah aper ader dlm fikiran budak2 nie kan...mungkin dia rindu pd kawan2 lama....

--- U like it :)

November 27, 2010

Sebelum dan selepas....

Deco- deco

Bilik anak-anak

Sebelum...



Selepas dicat...








Bilik anak aku cat biru + kuning,Bilik nie masih belum lengkap sepenuhnya masih ader lagi yang perlu dilengkapi,tunggu $$$$$ banyak cikit....

1. langsir cute dr Ikea BARNSLIG DJUR curtain Rm 69
2.KORALL SKÖLDPADDA storage basketRm 19.90
3.SMILA BAGGE wall lamp Rm 29
4.Sticker ranting Rm 3


Master Badroom

Sebelum.....


Selepas......


 Bilik aku simple jer...sebelum dan selepas pun tiada beza sgt cuma dinding tu aku cat dgn warna kelabu mmg aku suka sangat...tema hitam putih

1.LINDMON Venetian blind rm69
2.LACK wall shelf rm69






Bathroom




sebelum...





selepas...

Bilik air lom sepenuhnya siap lg dinding tak cat lg...kat bawah sink tu tgh nak wat wash stand...

1.KOLJA MIRROR rm69
2.PILATORP basket rm19.90
3.VITSKÄR bathroom set rm25.90




aku nie mmg suka sangat-sangat barang ikea kalau masuk ikea mesti sewel...hikhik....
jom shopping ikea....www.ikea.com.my



mama izah :)
--- U like it :)



Hilangkan Bulu ketiak...

Org perempuan patut cuba....

Bagi mengelakkan bulu ketiak dari tumbuh kembali,amalkan petua ini. Mula-mula cabut semua bulu ketiak,celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkan pada ketiak sehingga rata selama beberapa minit.Kemudian bilas dgn air bersih.Lakukan beberapa kali sehingga menampakkan hasilnya.


Selamat Mencuba....

mama izah :)

--- U like it :)

November 26, 2010

Cuba amalkan....

 Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Email nie aku dapat dr seorg sahabat utk kita kongsikan dan amalkan bersama-sama....

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji'  iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk'  yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan'  di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'  adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu   Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan'  suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi  iaitu pasangan  mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian'  di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan'  iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"




mama izah :)

November 15, 2010

Tak Sabar nk balik...KG

Tak sabarnya nak balik kg...lama tak balik nie, rindu dah kat masakan mak kat kampung...hati berbunga2 nak balik kg..tp esok masih keje lagi..sabak..sabak..walaupun badan di opis..tp hati dah kat kampung...hikhik mengalahkan anak2 kecil lak aku nie...klu anak yang tak sabar tu lain lah..nie mak budak ^-^beg baju dah ready dah tgh tgg abe jer balik dr out station...sabar mek za oiiii



--- U like it :)

November 10, 2010

Klu diet, nak makan apa?

Nak Langsing?'' 10 sahabat baik!

Bila sebut langsing, semua terfikir tentang senaman. Itulah cara mudah utk turun berat badan pun.Hakikatnya terlalu banyak makanan yang ada sekali gus menyukarkan proses utk kurus. Anda boleh makan  tetapi bersahabatlah dgn makanan terbaik pilihan saya....Chewah....
 Bangun Pagi "Sarapan Pagi"
Keju-ia baik utk kalsium dan rasanya yang cepat muak buat kita cepat KENYANG.makan lah bersama
             roti bersama hirisan ayam
Oat-ia dapat lancarkan darah dan bebas kolestrol...


Lunch " Jangan skip "
Sayur & kacang- Mkn bersama ikan kukus bersama 1/2 cwn nasi..
Yogurt bebas lemak-yogurt asli mengandungi 10 kcal kalori jer.
Minuman- jus Liamu nipis membantu anda membuang lemak yang ada dlm tubuh.

minum petang pula...
Bar tenaga- Macam saya suka mkn kelogg's special K baru 90 kalori
Buah kering-kurma, aprikot










malam dah?
sebaiknya sebelum pukul 8 ya...
Cecair- Sup ayam bersama roti gandum / sup sayur

















mesti akan turun punya la.....


--- U like it :)


mama izah :)

November 8, 2010

Murah dan Jimat



Untuk Kulit Gebu dan Halus



Berita baik bagi anda pengemar kopi....biasanya klu kita minum kopi hampasnya kita buang begitu sahaje,sebenarnya hampas kopi nie ada banyak manfaatnya...apa kata dr kita buang begitu sahaja baiklah kita ambil dan buat scrub pada bahagian kaki mahu pun badan...tapi sebab saya selalu buat kopi hanya secawan jer...hampasnya tak banyak la, so hanya dapat lumur bahagian tangan sahaja...lumur la dlm beberapa minit, hasilnya kulit akan jadi halus...lepas dibilas. tak percaya cuba lah...mesti memuaskan....kan murah tu...




















--- U like it :)
  mama izah :)

November 7, 2010

November 5, 2010

SenAman  MaTa



Untuk mendapatkan tubuh yang sihat kita perlu makan makanan yg berkhasiat dan bersenam. Tapi utk mendapatkan sepasang mata yang cantik kita perlukan senaman khas utk mata.

Kedip - mengedip dan memejamkan mata mampu hilangkan keletihan...klu kita lakukan selalu mata mesti cantik, mudah saje senaman nie kan?"
Teknik tapak Tangan-Biarkan mata dlm keadaan terbuka, terkup tapak tangan secara lembut diatas mata, jgn bagi ade cahaya pun masuk, sehingga pandangan menjadi gelap.Biar beberapa saat lakukan lah beberapa kali...mata akan rasa segar.
Sentiasa lah pandang Hijau.....Ingat mata tu boleh membuatkan kita kelihatan tua/muda so jg lah dgn baik...






mama izah :)

November 3, 2010

Ucapkanlah...


Masa Untuk Eratkan  Cinta

1.Sentiasa ungkapkan cinta pd pasangan " i LoVE U "
Kenapa masa bercinta-cintun berpuluh kali kita ungkapkan ucapan cinta,kata-kata cinta nie kalau  diucapkan setiap hari akan membangkitkan rasa sayang dan membangkitkan mood yang baik apa salahnya wlpn selepas berkahwin kita kekalkan " i love u "lagi manis...kan

2.Manjakan Sidia.....
Ooppss utk yg dah berkahwin jer tau...ape salahnya selepas penat balik bekeje tu berikan lah pasangan anda massage, bergilir2lah dgn pasangan anda urutan dan belaian akan menghilangkan rasa penat seharian bekerje tak yah dah nk gie SPA ker berbagainya lah....jimat gitu....

3.Berdua-duan 
Sesekali apa salahnya tinggalkan anak kpd pengasuh utk keluar berdating berdua-duan dgn pasangan kan...gie lag tgk wayang ker,berkaroke ker atau kemana2 yg dirasakan dapat membangkitkan memori indah zaman muda2 dulu...


--- U like it :)

mama izah :)

WOW... dah panjang!!!

"Betulkah memberus rambut boleh bantu ia cepat panjang?"

Boleh jika berus rambutmu turut mengurut kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang sihat. Pilih yang bristlesnya tidak terlalu tajam seeloknya dr serat semula jadi. dan ini Kamu lakukan dgn sesetengah jenis berus.Ia juga dapat meratakan minyak semula jadi rambut agar tampak sihat berkilau. hem...ingat jgn lak uols beli yang tajam nnt terkoyak lak kulit kepala tu...^-^ " petikan dari  COSMO "



--- U like it :)

mama izah :)

November 2, 2010

Kulit Pisang Hilangkan PARUT JERAWAT…


Petua nie dah lama aku amalkan bukan setakat hilangkan parut dimuka, tp leh hilangkan parut dibadan, kaki ker pendek kata mana2 pun boleh  luaran jer lah....^-^ klu sapu dimuka leh tegangkan kulit muka sekali..ala2 pki mask gitu...uols cuma perlu sebijik pisang jer....pisangnya kita makan kulitnya sebelah dlm tu kita sapulah kat tempat yg berparut tu ....ha...tp kita kene rajin la..buat secara konsisten barulah nmpk hasilnya...



<--- u like it :)   
Mama izah :)

November 1, 2010

Tutorial background wallpaper

Cara2 nk  wat background senang jer cara kite:-
1.    1st kene lah wat dulu design gambar yg korang suka kat photoscape.

 Dah selesai wat wallpaper save dlm computer. 

1.   Lepas tu gi kat
-Design
-Templates design 
-gie Background
-klik background image
-pilih upload image
-choose file
-cari gambar yg uols wat td
-save selesai sudah…..



lihat la hasilnya mcm aku wat yg simple jer...terpulang pd uols k


SELAMAT MENCUBA.....



<--- u like it :)
mama izah :)

October 31, 2010

Khasiat Kurma ,Kismis Dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali
jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini
akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang
merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus
puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang
tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada
hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu
setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang
ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat
pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,
menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya
sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran".


October 25, 2010

Tension nye......aku


Geramnya aku...tension betul la...beli rice cooker x leh pki suis lak x nyala..ape lah malang nye..dah esk satu keje lak nk kene htr blk..baru bersemangat nk pki terbantut la mcm nie..stres sgt2 tak htr mcm mane nk baiki...sedih sedih...

October 24, 2010

Cantik tak...!!!!







Cantik tak...celok ayat eric la pulak...jgn mare eric...nie umah idaman abie aku...katanya suka sgt tgk design umah nie moden habis...tp mimpi jer la...tp mane tau leh jd nyata...org kata kene angan2 dulu  aduh sian ko mek za....^_^ layan je la.....lalalalala


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...