December 30, 2010

Esok Cuti ......





 Yes...Yes...Yes...bola menang. Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.PM umum Jumaat cuti Umum. Aku pagi-pagi suara dah serak...gara-gara menjerit tgk bola...hahaha...anak pun siap sound "mama nie jerit-jerit macam org dlm tv tu boleh dengar?":P






mama izah :)

December 27, 2010

Kayu Manis

Ramai sedia maklum kulit kayu manis nie banyak khasiatnya,aromanya yang harum membangkitkan rasa. Ia sering digunakan dalam masakan melayu sebagai penambah rasa. Tapi kulit kayu manis nie pun ade juga kelemahanya.Ianya selamat jika digunakan dlm kuantiti yang minimum. Bagi yang sentiasa terdedah dgn serbuk ini dgn kuantiti yang banyak boleh berisiko diserang asma.
Ada kajian yang dijalankan di Eropah mendapati kulit kayu manis nie dari tumbuhan 'cassia'.Ia mengandungi toksin.Toksik nie boleh merosakkan buah pinggang dan hati jika diambil melebihi 2 sudu kecil setiap hari.
Penggunaan dlm kuantiti yang banyak juga tidak digalakkan sewaktu mengandung kerana ia dikatakan dapat menjejaskan kesihatan uterus wanita.
Maka haruslah diambil secara minimum.




mama izah :)

December 25, 2010

Setahun sudah...

Hari nie 25 Disember genap sudah setahun permergian bapa mertua ku kerahmatullah....Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Al- Fatihah





 mama izah :)

December 22, 2010

collagen...

Sikit lagi masuk tahun baru...bertambah lagi la 1tahun umur aku...tidakkkkk!!!! dah tua dah aku nie...tp rasa mcm muda hikhik tp tu kata kawan2 aku la... perasan jap...Masuk tahun baru mmg sok la..byk mega sale hikhik..tp yang tak syoknya duit bykla abih...ish aku nie dah melalut tersasar jauh dr tajuk lak...
Yang benarnya aku nak kongsilah ttg satu produk yang aku makan nie...Total Image Collagen.


Kita perlu ambil kolagen sbb...dr usia 25 thn tahap kolagen pada badan kita akan mula merosot pada kadar 1.5% setipa tahun...bayangkan umur kita dah berapa sekarang....
Setelah beberapa bulan mengambil produk nie mmg banyak la kesannya.Antaranya jeragat dimuka semakin pudar hampir tidak kelihatan. Ye lah dah makin berumur nie kulit kita cepat kendur ditambahkan lg dgn makan tak seimbang, cuaca dan sewaktunya kena lah buat sesuatu...wlupun En abg tak kisah pun nk berkedut ker aper ker katanya klu dah tiba masa nk wat camner tp klu dah namanya pompuan biasalah cemassss...harus gitu idaman semua pompuan utk kelihatan awet muda...kan..kan...ader ker yang nk tua...



 mama izah :)

December 11, 2010

Rambut yang cantik

Resepi Pupur Rambut Dari Laman Rumah!!!!

Bunga Raya
Rendamkan kelopak bunga raya kedlm air lalu ramas sehingga keluar lendirnya. Sapukan lendir ini ke rambut.Biar semalaman dan bilas keesokan harinya. Selain melicinkan rambut, ia juga dipercayai mampu menyejukkan kulit kepala.

Lidah buaya
Potong lidah buaya ambil lendirnya. Pakai semasa mandi buat macam syampu rambut,Sapukan pada rambut tgg seketika dan bilas. Ia mampu menjadikan rambut hitam dan lebat, malah menyejukkan kulit kepala.

Santan Kelapa


Perah kelapa utk mendapatkan santan yang pekat. Sapukan santan pada rambut, balut dgn tuala yang suam. Biar semalaman. Hasilnya rambut akan lebat, hitam dan kuat akarnya.





 mama izah :)

--- U like it :)


December 6, 2010

 Lawak Bodoh Tahap Gaban

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
=================================== 

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? 

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam 

air!
===================================
in
SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku. 

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
=================================== 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis! 
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah 
=================================== 

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle

light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong! 
===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada

aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids,

kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

=================================== 

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
=================================== 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang 

signboard "SILA DATANG LAGI"

 hehehe...utk hilangkan gantuk :P




mama izah :)

December 1, 2010


Hilangkan kesan hitam pada bawah lengan..



Ramai diantara kita mengalami masalah bawah lengan yang gelap.Semua nie tanpa kita sedari berpunca dari pengunaan deodorant yang tidak serasi dgn kulit kita. Disini saya ada petua untuk mengurangkan masalah bawah lengan yang gelap nie...Masa kita mandi sapukan sedikit kapur sirih pada ketiak, tunggu beberapa minit,kemudian gosokkan dgn limau nipis yang telah dibelah dua. Lakukan secara konsisten selain dapat mengurangkan masalah tersebut ia juga boleh menghilangkan bau masam ketiak...hehehehe...

Selamat mencuba!!!!
--- U like it :)

mama izah :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...